Sunday, September 26, 2010

mari bersolat

Solat itu tiang agama. Alhamdulillah.. Semua anak-anak rajin dan tekun belajar solat dan berzikir.

 Khusyuk mendengar zikir.






Semoga semua anak-anak menjadi anak-anak yg soleh dan solehah yaa.. ^_^ amiin..

gosok..jangan tak gosok..

 Kunci kepada menanamkan amalan memberus gigi pada anak-anak adalah dengan mendedahkan amalan ini sejak dari kecil. Di Enggang Pintar, kami mengajar cara memberus gigi yang betul. Kami membenarkan mereka memberus gigi sendiri bersama kawan-kawan agar mereka rasa lebih seronok.





 Macam-macam ragam anak-anak apabila diajar memberus gigi. Ada yang bersungguh-sungguh memberus gigi, ada yang sambil menyanyi-nyanyi, ada yang menayang-nayang gigi bersih adik-adik.. Apa-apa pun, semua anak-anak bersemangat belajar cara memberus gigi yang betul dengan ceru\ianya.. Selamat memberus adik-adik!!

1!! 2!! 3!! one more to go.. ^_^

fun morning exercise with teacher Azie..

Mengaji time!

Adik-adik bersemangat dan bersedia untuk kelas mengaji Quran.. Alhamdulillah, semua soleh-solehah.. ^_^ insyAllah..

birthday celebration

Kami dari Enggang Pintar mengucapkan kepada semua anak-anak di sini Selamat Hari Jadi. Semoga membesar menjadi anak yang soleh dan solehah.. ^_^ Thanks to mommas+daddys yang menyumbangkan cake, makanan, minumam dan lain-lain..

Hazim's birthday celebration - 07 Feb

Alif Aqasha's birthday - 24 March

Haikal Danial's birthday - 7 May

Sunday, September 19, 2010

Mengenai Kami

Pusat Jagaan Kanak-kanak Enggang Pintar mula beroperasi pada tanggal 5hb Oktober 2009.
Beralamat di No.3259 Jln Enggang 1,Taman Enggang Gangsa 76100 Durian Tunggal Melaka
(012-9798356 atau e-mel enggang.pintar@yahoo.com) ia diusahakan oleh Puan Shima atas galakan kuat suaminya.

Pusat Jagaan ini memberi perkhidmatan:
  1. Penjagaan Kanak-kanak dari umur 2 bln hingga 12 tahun
  2. Aktiviti-aktiviti kearah perkembangan menyeluruh bayi dan kanak-kanak 3 tahun ke bawah
  3. Program tadika untuk kanak-kanak 4-6 tahun
  4. After school care dimana kami memantau kerja sekolah pelajar dan membuat latihan tambahan
  5. Mengaji Iqra' dan Al-Quran
  6. Latihan Amali Wudhu' dan Solat


Pada awal operasi,sambutan agak mengecewakan mungkin kerana pembukaannya pada akhir tahun.
2 pelanggan pertama kami adalah Abdul Afif Irfan(10 tahun) dan Abdul Aniq Ayza(4 tahun) iaitu anak kepada En.Halim dan Puan Marliana yang tinggal berdekatan.
Kemudian pada pertengahan bulan Oktober,kami menerima 2 lagi pelanggan iaitu Muhd.Saifuddin Ikhwan(4 tahun) dan adiknya Siti Syahirah Aisyah(2 tahun) anak kepada Pn Suriani.
Dan Alhamdulillah,pada awal November adik kepada Pn Suriani iaitu Pn Suhaila juga berminat menghantar anaknya,Muhd Syakir Fitri di Pusat Jagaan kami.
Kemudian diikuti dengan dua beradik Mizan Sufi(4) dan Mizan Wafiq(2),Muhd.Khairi(11) dan baby 'Akif(2 bln).
Bulan Disember iaitu musim cuti sekolah beberapa pelajar lain juga mendaftar iaitu Alif Aqasha dan 3 beradik -Humaira,Syahirah dan Qaysara.
Puan Shima terus berusaha memperkenalkan Pusat Jagaan Kanak-kanak Enggang Pintar dengan mengedarkan lebih banyak pamplet dan kali ini ke kawasan Gangsa dan Durian Tunggal .
Alhamdulillah..usaha ini memang berhasil..Pada pertengahan Disember,kami mula dihujani oleh panggilan telefon dan lawatan dari ibu bapa yang masih tercari-cari Pusat Jagaan untuk anak mereka.
Kami menerima lebih dari 10 pendaftaran baru untuk sesi persekolahan 2010 sebelum tahun 2009 berakhir.Dan yang paling membanggakan,pada pembukaan sesi persekolahan 2010 iaitu 4/1/2010 selepas 3 bulan beroperasi kami mencatat rekod pelajar seramai 31 orang.
Ia diikuti dengan kedatangan 4 lagi pelajar keesokan harinya bermakna jumlah pelajar kami
adalah seramai 35 orang pada bulan Januari 2010.Alhamdulillah!!!

Dan kepada Teacher Azie,cikgu yang mula berkhidmat di Pusat Jagaan Enggang Pintar semoga terus setia bersama kami.Terima kasih diatas sokongan anda terutama pada waktu kelembapan operasi dan jangan pula serik bila keadaan sudah agak sibuk sekarang.
Selain Teacher Azie,kami juga mempunyai tenaga pengajar lain seperti Teacher Anie,Ustazah Siti dan Pn Fauziah(Pengasuh).

Semoga 35 pelajar dan 4 tenaga pengajar ini kekal hingga ke akhir tahun.
Kemantapan kualiti pengasuhan dan pembelajaran amat-amat diharapkan supaya tiada komplen diterima dari ibubapa.
Semoga PUSAT JAGAAN KANAK-KANAK ENGGANG PINTAR maju jaya dan tersenarai antara Pusat Jagaan yang terbaik.
AMIN....